Picture

Mukadimah Sikit.

Dahulu masa mula-mula admin belajar fizik, admin tertanya-tanya fizik niapa? Sains jenis apa? Sama la juga dengan kimia dan biologi. Almaklumlah, admin dulu pemalas sikit nak baca buku apatah lagi nak rujuk internet macam korang sekarang ini. Bagi admin simple je, fizik adalah satu cabang sains yang cuba mempelajari atau mengkaji fenomena alam  dan sifat-sifat fenomena itu. Dalam ayat yang lebih mudah lagi, fizik adalah menjelaskan sesuatu kejadian menggunakan matematik. Itulah sebenarnya fizik. Bahasa utama fizik adalah matematik. If you are good in mathematics than you have a very good chance to excel in physics.

Tajuk ini nampak simple, isi kandungannya pun sebenarnya simple. Tetapi kebanyakkan daripada kita akan membuat kesilapan yang besar apabila tidak menguasai tajuk ini. Analogi yang paling mudah ialah apabila kita membina rumah sendiri tetapi batu asas yang diletakkan tidak kukuh, maka kalau datang taufan katrina ke, puting beliung (extreme giler) maka akan runtuh la rumah tersebut. Begitulah juga dengan tajuk ini, ianya akan menjadi foundation bagi tajuk-tajuk lain. Maka amatlah penting untuk memahami tajuk ini.

Ala, bukannya benda susah pun apa yang ada di dalam tajuk ini, cuma kebanyakkan kita memandang rendah akan tajuk ini kerana berfikiran tajuk ini hanya untuk pengenalan je, walhal kalau anda fail untuk menguasai tajuk pertama ini, maka alamatnya tajuk-tajuk yang lain tu kirim salam jelah. Dalam tajuk ini anda perlu perlu menguasai beberapa perkara asas.


Kuantiti Fizikal.

Seperti yang admin cerita di bahagian mukadimah, fizik ini melibatkan pengukuran sesuatu kuantiti. So, kuantiti yang diukur itu saintis panggil “Kuantiti Fizikal”. Kuantiti fizikal ini dikelaskan pula kepada 2 bahagian agar mudah difahami .


Picture
Kuantiti Asas.

OK, dalam tajuk kecil ini, kita akan melihat apa itu kuantiti asas dan kita akan hanya focus kepada kuantiti fizikal (kuantiti yang boleh diukur menggunakan alat saintifik la maksud dia). Dalam dunia ini, saintis telah bersetuju untuk mengada 5 jenis kuantiti asas. Kuantiti asas ini bermaksud kuantiti yang sudah tidak boleh dinyatakan lagi dalam bentuk lain.

Kuantiti – kuantiti tersebut adalah : 








Pendek kata, 5 kuantiti di atas akan menjadi tonggak kepada unit-unit dan kuantiti-kuantiti lain yang pernah anda nampak. Mesti anda tertanya-tanya “apa pulak S.I tu” kan? S.I adalah singkatan kepada “International System of Units” atau dalam erti kata lain, satu dunia pakai symbol yang ini la. Ada la juga 2-3 negara yang degil nak guna symbol-symbol lain. (ada masa nanti admin cerita kesan pengguna symbol yang berbeza)

p/s : selain 5 diatas, terdapat dua lagi kuantiti asas sebenarnya iaitu “mol” for amount of substance dan “candela” for light intensity. Don’t worry too much about these two since it rarely came out in SPM. If you want, I can tell how astronomers use light intensity to find planet (well probably some other time)


Picture
Kuantiti Skalar & Kuantiti Vektor

Baiklah, sebelum kita melihat sub topik “Kuantiti Terbitan”, admin nak cerita sikit berkenaan kuantiti scalar & kuantiti vector (kuantiti vector ini kita akan belajar lebih lagi masa bab ke 2 nanti). Untuk masa ini admin hanya mahu memperkenalkan saja maksud kedua-dua kuantiti ini. 

Kuantiti skalar adalah kuantiti yang hanya melibatkan magnitud sahaja. 

Contohnya apabila admin sebut kotak ini mempunyai jisim 2kg, kuantiti 2kg ini melambangkan atau memberi makna jisim kotak adalah 2kg. Ia langsung tidak memberi info sama ada kotak itu sedang bergerak atau di dalam keadaan pegun. Ini lah kuantiti yang dikategorikan sebagai kuantiti skalar. 

Contoh kuantiti skalar :

Jisim | Kerja | Ketumpatan | Tenaga | Kuasa | Isipadu | laju

Apakah kuantiti-kuantiti skalar yang lain? Cuba anda teka

OK, now that you have understood about scalar quantity, can you guest what is vector quantity? Yes, kuantiti vektor adalah kuantiti yang melibatkan magnitud dan juga arah. You are getting good in physics already. That’s a good news for a beginner, don’t stop now! 

Sebagai contoh, bila admin sebut kereta itu mempunyai halaju 50km/j ianya bermaksud kereta itu sedang bergerak dengan magnitud 50 km setiap jam. Tapi bagaimana dengan arah? Macam mana kita boleh tahu arah pergerakkan kereta itu? Cuba anda perhatikan betul-betul “50km/j” itu. Ianya adalah satu angka positif kan? Maka pergerakan kereta itu adalah 50km/j ke arah kanan. Wait a minute! Kenapa kanan dan bukan kiri atau atas atau bawah? Semua saintis bersetuju bahawa apabila nilai magnitud itu positif ianya akan dianggap ke kanan dan apabila nilai magnitud adalah negatif ianya dianggap ke kiri. Begitu juga dengan keadaan atas dan bawah. Anda tidak perlu risau perkara ini sangat kerana dalam bab 2 nanti, kita akan mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam.


Picture
Kuantiti Terbitan.

Sebelum ini kita sudah dijelaskan mengenai kuantiti asas (kalau dah lupa scroll up ke atas untuk refresh) dan sekarang kita akan beralih kepada kuantiti terbitan pula. Basically kuantiti terbitan adalah gabungan 2 atau lebih kuantiti asas. Cara gabungannya pula boleh jadi dengan cara mendarabkannya atau membahagikannya atau pun kedua-duanya sekali.

For example, kuantiti “isipadu” adalah kuantiti terbitan hasil dari gabungan (dengan mendarab) kuantiti “panjang”, “lebar”, dan “tinggi”.

Cuba anda nyatakan beberapa contoh lain kuantiti terbitan?

Kalau anda berjaya menyatakan beberapa contoh lain dengan betul, ini bermakna anda memahami konsep kuantiti terbitan. As a reward, here is the list of kuantiti terbitan, just some not all of it though. Cuba lihat dengan betul-betul kerana akan ada kuantiti terbitan yang akan anda gunakan lagi di masa hadapan.



- Daya

- Daya Impuls

- Impuls

- Pecutan

Cuba cari lagi dengan usaha sendiri :-)



Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.