Picture
Sebagaimana yang admin pernah cerita, fizik ini adalah salah satu cabang sains yang cuba menerangkan sesuatu fenomena menggunakan matematik. Maka secara logiknya untuk saemua orang memahami penerangan itu, perlulah untuk mereka mengetahu simbol-simbol, unit- unit yang digunakan oleh para ahli fizik. Selain itu, ahli fizik juga perlu bersepakat untuk menggunakan simbol-simbo, unit-unit yang sama agar ahli fizik di barat memahami penerangan ahli fizik di timur dan begitu juga sebalik.

Ahli fizik telah bersepakat untuk menggunakan satu sistem unit pengukuran untuk digunakan semasa mengukur kuantiti-kuantiti fizikal. Untuk lebih mudah memahami apa yang admin taip diatas, cuba anda bayangkan jika admin ada sebuah sampan, ye sampan seperti gambar dibawah (xde la cool sangat sampan admin ni).    




Orang zaman dahulu (mungkin sebelum zaman kesultanan melayu malaka lagi kot) tidak menggunakan ukuran seperti meter untuk mengukur panjang sampan seperti diatas. Mereka ini menggunakan ukuran seperti “hasta” iaitu ukuran dari siku ke hujung jari tengah atau depa iaitu ukuran dari hujung jari tangan kanan ke hujung jari tangan kiri. Obviously jika Ali (pembuat sampan zaman itu) membuat sampan sepanjang 10 hasta tangannya, sampan itu tidak akan mempunyai panjang yang sama jika Abu (pembuat sampan juga pada zaman yang sama) turut membuat sampan sepanjang 10 hasta mengikut tangannya.




Berdasarkan masalah seperti diatas, maka ahli fizik telah bersepakat untuk menggunakan satu sistem unit pengukuran yang sama di mana-mana sahaja tidak kira di kutub utara atau di Melaka. Ciri-ciri yang dipunyai oleh sistem unit pengukuran ini ialah

- senang diulang pakai di mana-mana

- tidak berubah-ubah seperti tangan ali & abu

- satu dunia bersetuju dan menerima sistem ini.

So apakah sistem unit pengkuran itu? Hahaha .. jawapannya dah ada pada tajuk sebelum ini iaitu “S.I Unit”. Masih ingat metre, kilogram, second, Kelvin dan ampere? Semuanya adalah unit-unit asas. Tapi apa maksud setiap unit ini? Kalau admin cerita hasta ata depa kita dah tahu apa maksudnya, jadi bagaimana pula dengan unit-unit S.I ini?


Prefix.

Admin lupa prefix dalam bahasa melayu apa (plus malas nak buka kamus), tapi admin rasa kalau kamu semua lihat box dibawah ini, admin rasa kamu semua dah boleh faham kot apa maksud prefix. Haaa … admin dah teringat, imbuhan !!! that’s the word.

OK, imbuhan ini diberi kepada unit asas (rujuk box diatas kalau blurr) bagi memudahkan penulisan, pengiraan, dan pembacaan. Contohnya, kalau admin sebut pembaris 1 metre, mesti senang orang nak bayangkan panjang mana 1 metre tu, tapi kalau admin nak pergi Kedah dari Johor, tak kan la admin nak cakap dekat kawan admin jaraknya 800000 metre kalau dia tanya berapa jaraknya kan? So, bagi memudahkan kawan admin ni faham, admin pun gunakanlah imbuhan “Kilo” dan admin cakap jarak Johor ke Kedah 800 km. Senang la sikit kawan admin ni nak bayang.

Dalam contoh yang admin beri diatas, imbuhan “kilo” itu bermakna 1000 kali ganda lebih dari unit asalnya. Cuba anda perhatikan unit asas bagi jisim, ianya bukan gram tetapi kilogram. Kenapa didalam unit asas terdapat imbuhan? Well, ini adalah untuk memudahkan pengiraan J
Daripada 5 kuantiti asas tersebut, hanya jisim menggunakan imbuhan dalam unitnya. (It’s not really a big deal)

Dibawah ini adalah rajah yang mengandungi imbuhan, simbolnya, dan juga factor yang mempengaruhi nilainya.

Pasti ada yang tertanya-tanya maksud “10^12 “ kan? Maksudnya kalau admin sebut 1 Terawatt, bilangan angka sifat dibelakang satu adalah 12 seperti ini 1,000,000,000,000 watt.

Tetapi bagaimana pula dengan “10^-3 “ ? ianya bermaksud 1/1000 atau anda menggerakkan titik perpuluhan 3 langkah kehadapan. Kalau admin sebut 1milimetre, ianya bermakna 0.001 meter.


Standard Form.

Mungkin sekarang ramai yang sudah tidak sabar untuk mencuba menggunakan prefix ini, tetapi tunggu sebentar. Just hold on for a minute !

Cuba bayangkan kalau admin 1,000,000,000,000 watt seperti sebelum ini. Imbuhan mana yang anda akan gunakan untuk memudahkan kawan-kawan anda membacanya dan memahaminya?

Terdapat satu kaedah untuk memudahkan anda untuk memilih imbuhan yang bersesuai iaitu dengan menggunakan standard form seperti dibawah.


A = 1 < a <10

n = boleh jadi integer positif atau integer negative. (ikut bilangan dan kedudukan sifar)

Maka, 1,000,000,000,000 watt boleh ditulis sebagai 1 x 10^12 watt atau 1 Terawatt


Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.